MAJLIS BELIA MALAYSIA

Doktor Masuk Kampung 3.0 Pulau Tioman

Pahang | 18 – 21 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin telah mengadakan Program Doktor Masuk kampung bertempat di Pulau Tioman.

Aktiviti hari kedua telah berlangsungnya Pemeriksaan Kesihatan bersama guru serta masyarakat dikawasan Tekek, Forum Let’s Talk Minda Sihat dan Perkongsian ‘Kerjaya Perubatan’ bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tekek.

Selain itu, turut diadakan Latihan Asas CPR dan Aktiviti Pergigian dan Pertandingan Mewarna di Sekolah Kebangsaan, Prasekolah dan Tabika Kemas di Komplek Pendidikan Tioman dan Kampung Juara.

Dalam program tersebut juga Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM merangkap Presiden MBN Pahang bersama Sdr. Ibnu Rasyid, Exco MBM dan peserta telah mengagihkan bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Kampung Tekek.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »