MAJLIS BELIA MALAYSIA

Diskusi Santai Bajet 2023 : Apa untuk belia? sempena pembentangan Bajet 2023

KUALA LUMPUR 7 Okt – Sempena pembentangan Bajet 2023, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Diskusi Santai Bajet 2023 : Apa untuk belia? bertempat di Wisma MBM di sini.

MBM mengundang Encik Syed Munawar, personaliti tv bagi mengulas intipati bajet, evaluasi bajet terdahulu dan jangkaan tahun ini khususnya kepada golongan belia.

Program ini dihoskan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Hadir sama Presiden MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi; Penolong Ketua Penerangan MBM Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin; Exco MBM Sdr. Mohd Fauzi Fadzil; Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia, Sdr. Clive Allen dan Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Sdr. Wong Kam Loon.

Diskusi ini turut diikuti secara dalam talian (zoom) oleh pimpinan badan gabungan MBM meliputi perbincangan pasca pembentangan dan analisis dari pakar ekonomi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »