MAJLIS BELIA MALAYSIA

Diskusi Penubuhan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) Siri 3

Kuala Lumpur 4 Februari – Diskusi Penubuhan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) Siri 3 anjuran Jawatankuasa Pendidikan MBM dengan kerjasama Sekolah Pembangunan Kerja Belia Dan Komuniti (SPKB) telah berlangsung dengan jayanya  dimana dihadiri ahli panel iaitu Dr. Mohd Suhaimi Mohamad (UKM)  yang dipengerusikan oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM. Diskusi ini dihadiri oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM, Thai Ming Yeow Exco MBM. pelajar IPG dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Presiden Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM). Antara perkara utama pembentangan oleh Dr. Mohd Suhaimi Mohamad (UKM) ialah pekerja belia adalah pekerja sosial yang berada dalam masyarakat yang ada interaksi, spesifik objektif pekerja belia adalah selain daripada klinikal (kecuali mempunyai pekerja belia klinikal), konsep pekerja belia adalah membangunkan ketrampilan diri, pengukuhan jati diri dan pemerkasaan ekonomi. 3 pendekatan belia yang harus diberikan keutamaan adalah reformasi individu, reflektif terapeutik (pertolongan) dan sosialis -kolektivis (transformasi). 6 jenis aset komuniti (sumber-sumber yang sedia ada) individu, keluarga, persatuan, ekonomi, fizikal dan budaya. Pengenalpastian isu komuniti / belia iaitu dari segi Pembangunan Fizikal (jalan raya, bekalan elektrik, air bersih), Keciciran Sekolah (bilangan sekolah, tahap literasi) dan Status Sosio-Ekonomi (secara relatif kos sara hidup, bantuan sedia ada, program keusahawanan sosial).

MBM28593 MBM28594 MBM28595 MBM28596 MBM28597 MBM28600 MBM28601 MBM28604

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »