KUALA LUMPUR 9 Ogos – Presiden dan Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berdiskusi secara maya bersama CEO Apadilangit, Encik Hafez Murtza yang juga merupakan Presiden Malaysia Space Initiative dalam menggerakkan kesedaran belia tentang ilmu dan falsafah penerokaan angkasa raya dan peluang ekonomi, syarikat pemula (startup) serta kerjaya berkaitan industri angkasa.
MBM juga setuju bekerjasama dan memberi dokongan umum kepada agenda yang penting ini memandangkan penerokaan angkasa lepas mendatang banyak faedah kepada belia, rakyat dan negara.