Bangi 13 November – Majlis Belia Malaysia dalam kunjungan hormat Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin di Majlis Profesor Negara (MPN) dan Institut Kajian Etnik (KITA) yang membincangkan mengenai Pelan Perpaduan Negara : Perkembangan Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diskusi yang berlangsung pada jam 3.00 petang di hadiri oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM selaku Moderator, Sdr. Khairul Annuar Mansor Naib Presiden MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM, wakil Jejak Tarbiah, wakil Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM) dan beberapa orang lagi.
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan bahawa Pembentangan Terkini Pelan Perpaduan Negara telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Kabinet dan Majlis-Majlis Menteri Besar. Sedikit latar belakang Pelan Perpaduan Negara dengan tertubuhnya Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (MKPN) telah ditubuhkan pada September 2013 dan dilancarkan pada November 2013 yang terdiri daripada 30 ahli dari seluruh Malaysia, pelbagai latarbelakang dan wakil dari beberapa parti politik. Sekreteriat bersama MKPN ini ialah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Kajian tentang peranan belia dalam pembangunan perpaduan Negara bermula dengan 1 konsep iaitu Kesepaduan dalam Kepelbagaian di negara kita. Beliau telah menghadiahkan buku Modul Hubungan Etnik kepada semua yang hadir. Diskusi tersebut berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati oleh MBM dan sesi bergambar.