MAJLIS BELIA MALAYSIA

DISKUSI HAD UMUR BELIA DAN KESANNYA KEPADA MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 23 Julai – Telah berlangsung siri diskusi Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama mantan-mantan kepemimpinan MBM bertujuan mendapatkan pandangan dan saranan berhubung pelaksanaan had umur belia 15 hingga 30 tahun dan kesannya kepada pergerakan belia khususnya MBM seperti yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

Antara yang hadir Dato’ Suhaimi Ibrahim (mantan Presiden), Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (mantan Presiden) Sdr. Mustafa Kamil Ayub, Dato’ Nasarudin Mahamud, Sdr. Azizuddin Ahmad (mantan Naib Presiden), Sdr. Tajudin Ahmad (mantan Setiausaha Agung), Sdr. Khairul Anwar El Syazalli (mantan Pengerusi Tetap) dan beberapa mantan Exco MBM.

Turut hadir Pengerusi Tetap MBM, YB. Syahbuddin Hashim, Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »