KUALA LUMPUR 27 November – Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Diskusi dan Majlis Makan Malam di kediaman Duta Besar Palestin di Malaysia, H.E. Walid Abu Ali.
MBM dijemput bersama wakil Wisma Putra yang diketuai Tuan Kamrizamil, Setiausaha Bahagian OIC untuk berbincang bagi menggerak dan menjayakan “Palestine & al-Quds Festival” pada bulan Disember ini sebagai ruang pengenalan kepada budaya, makanan dan perjuangan rakyat di Palestin.
Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan kemanusiaan dan hak asasi. Turut bersama saudara Iman Abdul Khudus, AJK Biro Antarabangsa MBM.