MAJLIS BELIA MALAYSIA

Diskusi bersama team penasihat teknikal Kelab Remaja Udara Malaysia – KRUM

DALAM TALIAN 12 Ogos – Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berdiskusi bersama team penasihat teknikal Kelab Remaja Udara Malaysia – KRUM bagi menggerakkan National Drone Flight Safety Awareness yang telah ditunda sejak 2020 dan Pembangunan Drone Generasi Muda.

Program Pembangunan Drone Generasi Muda yang dirancang oleh pihak KRUM dan MBM ini mendapat kerjasama daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dan JUPEM dan turut melibatkan pakar-pakar drone di Malaysia yang terdiri daripada UIAM, TNB-ILSAS, UTHM, UNIKL MIAT, UiTM dan Technology Park Malaysia.

Sebuah pertandingan secara berkelompok melibatkan para pelajar MRSM, pelajar sekolah-sekolah KPM seluruh negara, belia dan mahasiswa akan dijalankan bagi tujuan ini bagi tempoh 2 tahun akan datang. Modul pertandingan drone ini merupakan inisiatif pertama bagi memenuhi piawaian dan polisi yang baru sahaja dikeluarkan oleh pihak CAAM sebagai panduan pengelola drone / UAS di Malaysia dan akan menjadi asas kepada para belia yang berminat menceburi bidang drone bagi tujuan agriculture, keselamatan dan lain-lain.

Turut sama Dr. Nur Azam Abdullah, AJK Pendidikan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »