KUALA LUMPUR 11 Oktober – Sempena pembentangan Bajet 2020, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Diskusi Belia “Belanjawan 2020” bagi mengupas isu, intipati dan peruntukkan untuk rakyat khususnya golongan belia hasil dari Belanjawan 2020.
Panelis terlibat ialah Bendahari MBM, Sdr. Haridass Ramasamy, Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed (Pengerusi Biro Usahawan, Perindustrian dan Ekonomi) dan Sdri. Ng Chor Eng (Timbalan Pengerusi Biro Penerangan). Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim (Timbalan Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir) bertindak selaku moderator diskusi.