PUTRAJAYA 7 Ogos – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mewakili MBM menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Inisiatif Kolaborasi Kementerian/ Agensi/ GLC bagi Dimensi Penciptaan Pekerjaan serta Dana, Kemudahan Belia dan Sukan di Menara KBS.
Mesyuarat ini membincangkan mengenai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang komited membantu belia dengan pelbagai saluran antaranya mewujudkan satu “single landing page” – http://ebelia.iyres.gov.my khusus untuk belia mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan dan tawaran kemahiran.
Inisiatif Kolaborasi Merentas Kementerian/ Agensi dan GLC ini adalah Agenda Pemerkasaan Belia Nasional dengan memfokuskan Peningkatan Kualiti dan Kesejahteraan Hidup Belia.
Kolaborasi ini melibatkan empat dimensi:
• Peluang-Peluang Pekerjaan;
• Peluang Penciptaan Pekerjaan termasuklah keusahawanan dan Gig ekonomi;
• Peluang Dana-Dana dan Kemudahan oleh Kerajaan;
• Peluang Latihan dan Kemahiran.
Sebagai langkah permulaan, Portal eBelia di bawah IYRES ini akan menjadi titik mula sinergi sebelum proses migrasi dan transformasi sepenuhnya ke dalam sistem portal baharu (MyBelia) yang sedang dibangunkan oleh KBS termasuklah single sign-on ke sistem-sistem kelolaan agensi Kerajaan lain.
Jangan berlengah lagi. Jom daftar di http://ebelia.iyres.gov.my
Satu portal, satu klik untuk belia.