KUALA LUMPUR 6 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) dan Pejabat Kedutaan Turkiye di Malaysia telah menganjurkan Dialogue Series : “The Role of Asia-Pacific Countries in New Conjecture for Malaysian Youth” menampilkan H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, President of The World Ethnosports Confederation bertempat di Yunus Emre Institute, Jalan U Thant.
Dialog ini disertai pemimpin, ahli pertubuhan belia, mahasiswa dan NGO dalam berkongsi pandangan dan aspirasi pembangunan belia Malaysia, isu semasa dan jaringan di peringkat global.
H.E. Necmeddin juga merupakan anak kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.
Hadir sama Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia H.E. Emir Salim Yuksel; Presiden ICYFDC Mr. Taha Ahyan; Presiden MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Mantan Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha; Mantan Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusop; Naib Presiden MBM Datuk Syed Osman Mohamed; Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez; Setiausaha Agung MBM Sdr Hasnul Haniff Harun; Ketua Penerangan MBM Sdr. Fazril Mohd Saleh; Penolong Ketua Penerangan MBM Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Exco MBM Sdr. Ahmad Farhan Rosli dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.
Turut hadir wakil Dewan Tertinggi MBM iaitu Presiden MIYC Sdr. Danesh Basil; Presiden ABIM Sdr. Faisal Abdul Aziz dan Presiden GEPIMA Sdr. Ibrahim Mohamed.
































































