MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog TN50 Bersama Mahasiswa Pendidik

Batu Pahat 5 April 2017 – Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah berlangsung Program Dialog TN50 bersama mahasiswa pendidik. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn. Seramai 150 orang mahasiswa pendidik bakal guru terlibat dalam program ini. Program yang julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai Transformasi Nasional yang dilancarkan oleh YAB PM tempoh hari dan mendengar aspirasi daripada bakal guru ini. Antara panel yang terlibat adalah Sdr Rizmel Nazrin bin Dato’ Abd Malek, Exco MBM dan Khairul Nizam bin Mohd Sopery merupakan seorang guru dan aktivis belia. Moderator dialog adalah Sdr Yassin Kassim iaitu merupakan juruhebah dan penerbit di RTM Negeri Sembilan. Sebanyak lebih kurang 100 aspirasi bakal guru ini dikutip utk dibawa kepada pihak atasan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »