MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog MBM bersama pimpinan MBD (Zon Timur)

KUALA LUMPUR 7 Mei – Telah berlangsung Dialog Majlis Belia Malaysia (MBM) Zon Pantai Timur bersama pimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang secara dalam talian.

Ini merupakan zon ketiga selepas zon utara dan zon selatan bertujuan mendapatkan idea dan cadangan akar umbi bagi tujuan perlaksanaan konvensyen untuk MBD yang dikenali Konvensyen Belia Nasional pada Julai 2021.

Konvensyen bakal melahirkan resolusi dan pelan strategik pemerkasaan MBD dalam jangka masa panjang. Dialog dikendalikan saudara Sherhan Nizam, Naib Presiden MBM dan turut dihadiri pimpinan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »