KUALA LUMPUR 3 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah beramah mesra dan berdialog dengan Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA) perwakilan pimpinan pelajar luar negara berbincang isu-isu mahasiswa luar negara, polisi negara, perwakilan belia dan pembentukan kerjasama.
Perbincangan disertai pimpinan MBM, Felo Penyelidik MBM, Penyelaras Sekretariat Mahasiswa MBM dan pimpinan utama MSGA yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Cik Sarah. Sarah merupakan pelajar London School of Economic (LSE).
Pimpinan MBM yang hadir adalah Sdr. Azuwan Marjan, Naib Presiden MBM dan Sdri. Kavita Maheendran, Exco MBM.
MSGA juga berminat berkolaborasi dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di mana MBM boleh memainkan peranan sebagai pemudahcara. MBM akan terus memainkan peranan membawa suara belia di Malaysia mahupun di luar Negara.