DALAM TALIAN 29 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengendalikan sesi Dialog bersama persatuan belia tunggal secara dalam talian bagi membincangkan tentang hala tuju, permasalahan dan cadangan memperkukuhkan suara mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Sekitar 22 persatuan belia tunggal menyertai sesi dialog ini termasuk wakil Undi 18 dan Kelab Idea yang diterajui pelajar Malaysia di United Kingdom.
Terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang membantu merealisasikan sesi dialog ini.