MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog MBM Bersama GAMIS

Selangor | 29 Mac – Pertemuan dan perbincangan bersama kepimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia – GAMIS yang diketuai saudara Arif Hakimi berlangsung di Pejabat GAMIS, Bandar Puteri Bangi.

Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Exco Sdr. Faiz Suhaimi telah hadir dalam sesi pertukaran pandangan bagi pengukuhan idealisme kebeliaan yang dimotori oleh slogan MBM yang melagenda – Belia Bertindak untuk Kebenaran dan Keadilan.

Beberapa intipati diutarakan soal mahasiswa sebagai kumpulan sasar dalam Dasar Belia Malaysia 2015 yang sering mendapat perhatian MBM, inisiatif penubuhan Sekretariat Mahasiswa MBM yang menaungi pergerakan mahasiswa seluruh Malaysia secara ikatan longgar.

Turut dicadangkan agar MBM dan GAMIS mengelolakan program bersama dalam tahun ini mithalnya Konvensyen Mahasiswa Islam Malaysia yang diharap akan merumuskan cadangan Dasar Belia Islam Malaysia sebagai subset kepada DBM 2015.

Turut hadir Sdr. Muhamad Hanapi b. Jamaludin, Felo Penyelidik, Sdr. Dzul Aiman dan Sdr. Nazmi Putra, Ahli Sekretariat Mahasiswa MBM yang juga merupakan pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mungkin imej dalam
Mungkin imej 10 orang, orang duduk, orang berdiri dan dalam
Mungkin imej 2 orang dan dalam

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »