Dalam Talian| 26 Mac -Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Jufitri Joha, Presiden MBM telah mengadakan dialog bersama 8 pertubuhan belia utama Cina atau EMCO 八大华青 yang diketuai saudara Alex Ng, Presiden Youth Organisation Movement (YMM).
Pelbagai isu-isu dibincangkan bagi memperkukuhkan hubungan EMCO dan MBM dan berkenaan pembangunan belia dan Negara.
Isu perpaduan dan melawan rasuah serta judi antara perkara yang ditimbulkan di samping mencadangkan menubuhkan sekretariat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) – Kementerian Belia da Sukan (KBS) – MBM bagi menyelaraskan pengkaderan belia remaja di sekolah dan institut pengajian.