MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog Maya BKBK Alaf Baru terakhir libatkan Zon Tengah

DALAM TALIAN 30 Sep – Telah selesai dengan jayanya sesi Dialog Maya Belia Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK) Alaf Baru peringkat Zon Tengah. Sesi dialog ini adalah inisiatif Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama-sama kepimpinan belia di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sesi ini dihoskan oleh Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM. Dialog ini melibatkan penyertaan kepimpinan belia dari Majlis Belia Negeri Selangor, Majlis Belia Wilayah Persekutuan serta Majlis Belia peringkat Daerah bersama-sama badan gabungan.

Dialog dirasmikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom. Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM turut sama dalam sesi dan menyampaikan ucapan penutup.

Objektif dialog ini adalah bagi mendapatkan input-input idea serta cadangan daripada kepimpinan belia di peringkat negeri dan daerah dalam aspek dan penambahbaikan dan ‘meremajakan’ inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembinaan kesejahteraan di Malaysia.

Sesi ini merupakan siri terakhir yang mana sebelum ini telah dilaksanakan melibatkan zon Timur (7 Julai), Utara (29 Julai), Selatan (18 Ogos) dan Borneo (23 September).

Semua input yang dikongsikan oleh peserta akan di kumpul, diperkemas dan akan dibentangkan dalam Sidang Meja Bulat Nasional Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan anjuran bersama YBK-MBM yang akan diadakan kelak.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dialog ini!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »