DALAM TALIAN 23 Sep – Telah berlangsung dengan jayanya siri ke-4 Dialog Maya Belia Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK) Alaf Baru untuk Zon Borneo. Sesi dialog ini adalah inisiatif Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama-sama kepimpinan belia Sarawak dan Sabah.
Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK merangkap Naib Presiden MBM bertindak selaku Moderator program. Kehadiran terdiri daripada kepimpinan belia dan wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Majlis Belia Sabah.
Sesi dirasmikan oleh Encik Zainal Mohd Jais, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom Beliau juga telah memberikan ucapan penutup di akhir sesi.
Objektif dialog ini adalah bagi mendengar dan mendapatkan input-input idea serta cadangan daripada kepimpinan belia di peringkat negeri dan daerah dalam aspek dan penambahbaikan dan ‘meremajakan’ inisiatif pembasmian kemiskinan dan pembinaan kesejahteraan di Malaysia.
Sesi dialog di zon Borneo ini merupakan siri ke-4, dan siri seterusnya merangkap yang terakhir akan diadakan di peringkat zon Tengah. Semua input yang dikongsikan oleh peserta akan di kumpul, diperkemas dan akan dibentangkan dalam Sidang Meja Bulat Nasional Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan anjuran bersama YBK-MBM yang akan diadakan kelak.
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dialog ini!