MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog KBS Bersama Badan Beruniform MBM

Putrajaya |29 Januari 2021 – Majlis Belia Malaysia (MBM) memudahcara dialog Kaukus Badan Uniform MBM bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) yang diketuai menterinya YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal . Turut bersama YBrs En. Abdullah Hassan Timbalan Ketua Setiausaha KBS.

MBM dihadiri oleh Sdr. Jufitri Joha Presiden dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Dialog disertai oleh wakil- wakil badan beruniform MBM melalui atas talian .

Ini merupakan dialog dan ramah mesra julung julung kali diadakan dan menghasilkan beberapa dapatan yang baik seperti bantuan wang pentadbiran dan cadangan mengadakan konvensyen badan beruniform MBM.Kaukus Badan uniform MBM mempunyai peranan penting bagi membentuk karakter dan disiplin belia melalui amalan kerja kesukarelawanan.

Mungkin imej ‎6 orang dan ‎teks yang berkata '‎Ane KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN سوکن دان بليا کمنترین‎'‎‎
Mungkin imej 14 orang, skrin dan teks

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »