MAJLIS BELIA MALAYSIA

DIALOG KALI KEDUA PERADABAN BELIA MALAYSIA-CHINA TENTANG ISLAM DAN KONFUSIANISME; “MENYANTUNI PERBEZAAN & MENGHORMATI KEPERCAYAAN”

SERI KEMBANGAN, 21 Ogos – DYMM Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Merangkap Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Maghur-Lah berkenan mencemar duli berangkat merasmikan serta menyampaikan ucaptama baginda. Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM bersama pimpinan MBM, mantan pimpinan dan beberapa ahli badan gabungan MBM telah menghadiri dialog tersebut.

Baginda dalam ucapannya telah menyentuh tentang bagaimana perbezaan dalam kepercayaan agama turut menyumbang kepada penyatuan, kepelbagaian dan mewujudkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Program ini anjuran bersama Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Majlis Belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »