MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog InspirasiKu TN50 : Masa Hadapan Perpaduan Malaysia

Putrajaya, 12 Jun 2017 – Perpaduan yang kuat boleh menjamin keutuhan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam memacu 2050. Rakyat Malaysia tidak kira kaum muda atau tua, menginginkan semangat perpaduan, agama dan juga bangsa dikekalkan serta diterapkan dalam setiap individu.

Mereka yang hadir berharap agar kerajaan mewujudkan semangat perpaduan yang mempunyai keyakinan dan ianya haruslah bermula dengan pemikiran yang terbuka, termasuklah bersedia menerima agama yang berbeza. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa agama ini tidak perlu ditakuti tetapi harus diterokai lebih mendalam tidak kira agama yang berbeza dan beliau berharap pada tahun 2050 kelak akan wujudnya polisi untuk mengamalkan kepercayaan keagamaan secara bebas. Malah, seperti yang dilihat sekarang konsep terbahagi atau tidak bergaul antara kaum sudah wujud sejak akar umbi lagi. Buktinya, wujudnya sekolah Tamil dan juga sekolah Cina. Dengan ini masyarakat tidak merasakan komposisi berbilang kaum, Mereka yang hadir juga mencadangkan kerajaan mempromosikan perpaduan dari sekolah seperti contoh mengadakan “Inter-religious camp”.

Ini adalah beberapa aspirasi dari mereka yang hadir di Putrajaya yang dikongsi bersama dalam siri Dialog Inspirasiku TN50 MBM yang diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menampilkan ahli panel Profesor Suresh Govind PengerusiPersatuan Friendship Group of Interfaith Services (FGIS) dan Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Moderator oleh Sdr, Jufitri Joha Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Turut hadir Sdr. Thai Ming Yeow Exco MBM dan wakil-wakil pertubuhan belia pelbagai kaum juga tidak ketinggalan daripada wakil-wakil Rohingya.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »