Kuala lumpur, 9 Jun – Media berjaya mewujudkan stigma belia adalah LIABILITI dan BUKANNYA ASET kepada negara. Faktor lain seperti kelemahan sistem kekeluargaan, pengaruh media, sistem pendidikan, daya tahan belia yang rendah dan ekonomi tidak diambil kira sebagai penyumbang kepada masalah gejala sosial.
MENYALAHKAN BELIA TANPA MERAWAT PUNCA PERMASALAHAN BUKANLAH SATU TINDAKAN YANG ADIL DAN JUJUR. Kelemahan sedia ada perlu diatasi melalui komitmen semua pihak agar risiko penularan gejala sosial yang sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat dan negara dapat dikurangkan. Oleh itu, ia merupakan cabaran sosial yang dihadapi belia negara dan perlu ditangani dengan baik.
Program ini berlangsung secara santai di sebuah Restoran Mek Tomyam Chow Kit Kuala Lumpur ini bersama Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM.
Berdasarkan sesi dialog atau sembang santai tadi, boleh dirumuskan terdapat 4 (empat masalah sosial besar belia jalanan (rata-ratanya belia bandar) iaitu:
1. Masalah bersifat peribadi (impersonal); sebagai contoh, kekurangan wang; miskin bandar
2. Masalah peribadi; sebagai contoh masalah emosi atau kesihatan;
3. Masalah interpersonal, seperti perbezaan pendapat dengan orang lain termasuk keluarga, guru disekolah
4. Masalah komuniti atau masyarakat yang lebih luas; seperti kadar jenayah, persekitaran perumahan yang tidak selamat dan penerimaan peluang kedua dalam masyarakat.
PENERANGAN MBM