Balik Pulau, 13 Jun – Dialog Inspirasiku TN50 meneruskan siri dapatan input dari golongan pelajar yang berlangsung di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Sesi ini dikendalikan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, EXCO MBM dan sesi perkongsian oleh Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal, Presiden MBM.
Presiden MBM dalam ucapannya menyatakan tujuan dialog ini diadakan bagi mendengar inspirasi golongan muda dalam membina negara untuk 30 tahun akan datang.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Exco MBM, Sdr. Zamri Md Isa, Presiden GPMS dan barisan kepimpinan MBN Pulau Pinang.
Banyak perkongsian menarik diperolehi antaranya:
i. Sistem urus tadbir negara yang lebih baik, telus, tiada rasuah dan menggunakan sistem digital.
ii Menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisen kerana menjangkakan pengurangan sumber petroleum negara pada masa depan.
iii. Memastikan sumber tenaga kerja masih memerlukan manusia dengan teknologi yang lebih moden.
iv. Meluaskan capaian internet secara menyeluruh di setiap kawasan di seluruh negara.
v. Pengurangan masalah penagihan dadah dalam kalangan generasi muda secara menyeluruh.
vii. Tidak wujud lagi jurang beza antara luar bandar dan bandar.
viii. Nilai-nilai murni seperti toleransi antara kaum menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang maju.