Melaka, 6 Jun 2017 – Majunya negara bergantung pada masyarakatnya yang mempunyai mentaliliti dan semangat perpaduan yang kuat. Oleh itu, belia di Melaka berharap kerajaan mangambil perhatian lebih dalam memajukan negara Malaysia, agar negara ini dapat dijadikan rujukan di masa yang akan datang. Selain itu, Belia Melaka yang memberi aspirasi dan juga cadangan agar kerajaan memajukan sistem jalur lebar yang luas agar setanding dengan negara luar seperti Korea dimana sistem jalur lebar mereka memudahkan masyarakat sependuduk.
Ini adalah beberapa aspirasi belia Melaka yang dikongsi bersama dalam siri Dialog Inspirasiku TN50 MBM yang diadakan di Wisma Negeri MITC Melaka. Program yang berlangsung ini adalah lebih sejam.
Ahli panelnya iaitu Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM. Turut hadir bersama Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Nasrul Ahmad Timb. Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBN) dan Ahli Parlimen Belia Melaka.