MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog InspirasiKu TN50 : Belia Kedah Ingin Menerapkan Semangat Sukarelawan Dalam Jiwa Setiap Anak Muda

Kedah, 1 Jun 2017 – Menjelang tahun 2050, pembangunan dan juga struktur bangunan bakal bertambah. Adakah ini yang belia mahukan? Belia di negeri Kedah mahu kerajaan mengekalkan kehijauan hutan walaupun negara bakal dipenuhi dengan teknologi dan juga struktur bangunan yang lebih moden dengan cara meminimakan pembalakan di Malaysia agar dapat mengekalkan “nature” yang sedia ada. Bukan itu sahaja, disentuh pula dengan semangat sukarelawan yang telah lapuk di kalangan belia kini dimana sebagai sukarelawan juga perlu meningkat kemahiran mereka agar mudah berurusan sekiranya diperlukan.

Ini adalah beberapa aspirasi belia Kedah yang dikongsi bersama dalam siri Dialog InspirasiKu TN50 MBM yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar, Kedah.

Program yang dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan belia Kedah ini menyaksikan ahli panelnya iaitu Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM. Program yang berlangsung lebih sejam ini diacarakan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM.

Turut hadir bersama Sdr. Hamdan Jamil, Timbalan Presiden MBN Kedah dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut meriahkan majlis tersebut.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »