Kuala Lumpur, 9 Jun – Telah berlangsung dengan jaya siri Dialog ini yang dikendalikan oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM yang bertempat di Kasih Anana Pro-Skills Institute, Kuala Lumpur.
MBM menyantuni sekumpulan belia berkemahiran yang berada dalam bidang industri kecantikan atau kosmetologi
Banyak perkongsian menarik di perolehi di antaranya ialah:
a. Bidang spa atau refleksologi perlu di angkat sebagai satu daripada keperluan utama menangani stress pekerja di sektor awam dan swasta
b. Industri kecantikan dilihat relevan dalam apa saja zaman kerana ianya membabitkan gaya hidup (lifestyle)
c. Bidang pekerjaan seperti Tukang gunting, Pendandan Rambut, dan Cosmetologists dijangka berkembang 10 peratus antara 2014-2024, lebih cepat daripada purata bagi semua pekerjaan.
PENERANGAN MBM