Puchong, 8 Jun – Telah berlangsung dengan jaya siri dialog ini yang dikendalikan oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM yang bertempat di MyBusiness Academy, Puchong, Selangor dimana dihadiri seramai 300 orang belia berkemahiran hadir berkongsi pandangan dan inspirasi.
Antara yang boleh dikongsikan ialah:
1. Teknologi mengubah lanskap kehidupan manusia tetapi ekosistem sedia ada tidak mendorong rakyat untuk ke arah menerima perubahan tersebut khususnya sistem pendidikan.
2. Tiada lagi kesesakan jalanraya, mengharapkan sistem pengangkutan awam yang terbaik dan termoden di seluruh negara bukan hanya di bandaraya sahaja.
3. Isu migrasi dapat di atasi dan orang muda boleh menyumbang di tempat sendiri.
4. Membayangkan akan banyak rumah-rumah jagaan warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak.
PENERANGAN MBM