MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog dan Ramah Mesra MBM, MBOKU bersama YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi

KUALA LUMPUR 4 Jun – Telah berlangsung Dialog dan Ramah Mesra pimpinan Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) dan pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Sesi dimudahcara oleh Sdr. Mohd Faiz Shuhami, Exco MBM merangkap Presiden (Penaja) MBOku.

Pertemuan membincangkan isu isu dan keperluan belia OKU dalam bentuk polisi, program dan aktiviti khususnya cabaran pandemik.

Keluhan dan perjuangan mereka meliputi isu peluang pekerjaan, fasiliti OKU, parking, hebahan maklumat yang tak mesra Oku, akses pendidikan, kesukaran pembelajaran PdPR, no.plat kenderaan khas OKU dan kepimpinan belia Oku.

MBM turut berkongsi peluang-peluang keusahawanan kepada MBOku.

MBOku berorientasikan pelbagai kaum dicetuskan idea penubuhannya oleh MBM sejak 2017 bagi membawa suara dan agenda belia. MBOku dalam proses akhir pendaftaran di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

MBOku dan MBM akan terus bekerja sama rapat dengan YB Senator bagi memperjuangkan isu-isu Oku.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »