MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog dan amanat Menteri Belia dan Sukan Bersama Dewan Tertinggi MBM

PUTRAJAYA 4 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi dialog bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan. Sesi dialong ini turut disertai YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.

Sesi ini dimudahcarakan oleh Pengerusi Tetap MBM, YB Mohd Syahbuddin Hashim.

Dialog yang berlangsung secara dalam talian ini dimulakan dengan ucapan Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM yang mengucapkan terima kasih atas kesudian YB Menteri bersama-sama kepimpinan MBM yang terdiri dari Exco dan Dewan Tertinggi MBM.

Pelbagai perkara telah dibincangkan serta lontaran pandangan telah disampaikan oleh pimpinan belia kepada YB Menteri dan mendapat respon positif dari beliau. YB Menteri juga telah mengumumkan bantuan pentadbiran sebanyak RM2juta kepada MBM dan badan gabungan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »