SHAH ALAM 2 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz Naib Presiden, Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung dan Sdri. Nor Zakiah Azmi, Exco MBM telah menyertai sesi dialog bersama Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Selangor (MBS) yang diketuai Sdr. Syafiq Ridzwan, pemangku Presiden MBS.
Dialog juga disertai Encik Hasnata Hassan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang baharu. Perbincangan berlegar sekitar isu pemerkasaan gerakan belia, pengkaderan belia dan pengendalian kemudahan sukan oleh gerakan belia.