Putrajaya | 23 Ogos – Telah berlangsung sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli serta wakil-wakil jabatan dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Menara KBS.
Hadir dalam sesi tersebut Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan turut dihadiri oleh wakil -wakil badan gabungan MBM.
Seramai 300 orang dari kalangan pertubuhan belia telah hadir berkongsi pandangan dalam sesi 23 Ogos 2024 | Putrajaya
Telah berlangsung sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli serta wakil-wakil jabatan dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Menara KBS.
Hadir dalam sesi tersebut Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan turut dihadiri oleh wakil -wakil badan gabungan MBM.
Seramai 300 orang dari kalangan pertubuhan belia telah hadir berkongsi pandangan dalam sesi dialog ini bagi memastikan gagasan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat dapat dipersiapkan untuk diangkat dalam Belanjawan 2025.
Antara tumpuan KBS dalam belanjawan 2025 khususnya untuk belia dengan mempunyai lima sasaran iaitu:
• Penyerlahan & Pengukuhan Potensi Belia melalui Rakan Muda
• Kesejahteraan Hidup
• Melahirkan Belia sebagai Tenaga Kerja Masa Hadapan
• Pembangunan Pertubuhan, Penglibatan & Suara Belia
• Penyelidikan, Data & Advokasi.
MBM berharap dengan sasaran yang diletakkan ini dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan dalam Belanjawan 2025.


