MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog Anak Muda Menuju Kepimpinan Bawah 30 Tahun

Kuala Lumpur | 10 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Astro Awani telah menganjurkan Dialog Anak Muda secara langsung sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-73 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Antara panel pada sesi dialog ini adalah, Sdr. Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman ; Exco Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Datuk Khaidhirah Abu Zahar ; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Sdr. Ahmad Farhan Rosli ; Exco Majlis Belia Malaysia, Sdr. Eow Shiang Yen ; Setiausaha Agung Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) dan Sdri. ⁠Shameera Nasreen Ahamed Noordeen ; Penolong Ketua Wanita Kebangsaan Majlis Belia India Malaysia (MIYC).

Terima kasih kepada moderator Sdr. Fauzi Zain, Penerbit Astro Awani kerana membantu menyiarkan secara langsung Dialog Anak Muda ini sempena MPAT MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »