MAJLIS BELIA MALAYSIA

Delegasi MBM kunjungi pelajar Malaysia di Jordan

14 Disember 2012, Amman Jordan – Keamanaan untuk sejagat merupakan misi utama 30 orang delegasi dari Majlis Belia Malaysia dalam rangka lawatan kerja ke Negara-negara timur tengah iaitu Jordan, Palestin, Mesir dan Turki. Delegasi yang diketuai oleh Sdr. Mohd Sukor Hj Yusof, Timbalan Presiden MBM bersama exco serta DT MBM telah berlepas ke timur tengah pada 13hb Disember dan tiba di Amman Jordan pada keesokkan harinya.

Dalam jadual pertama, Delegasi ini telah mengadakan pertemuan dan ramah mesra dengan 100 orang pelajar Malaysia di Jordan bertempat di rumah anak yatim dan ibu tunggal di kawasan perumahan di Amman dan delegasi disambut mesra oleh Pengarah EMJ Prof Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar.

Pertemuan yang berlangsung lebih dari 2 jam ini diisi dengan sesi dialog bersama delegasi dan pelajar di Jordan serta perbincangan mengenai beberapa program yang boleh dianjurkan bersama. Para pelajar turut melahirkan rasa gembira di atas kesudian MBM yang menawarkan kerjasama dalam aktiviti terutamanya aktiviti berbentuk patriotik.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »