MAJLIS BELIA MALAYSIA

Delegasi Malaysia berlepas ke Sochi bagi menghadiri World Youth Festival

KLIA 29 Sep – Delegasi Malaysia awal pagi ini berlepas ke Sochi, Rusia bagi menghadiri World Youth Festival bermula 1 hingga 7 Mac 2024.

Seramai 62 orang belia Malaysia diketuai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Festival anjuran rasmi Kerajaan Rusia ini bakal disertai lebih 30,000 belia dari seluruh dunia bertujuan memberi ruang dan platform untuk belia-belia berinteraksi dan berkongsi idea dalam isu global merangkumi ekonomi, sains dan teknologi, kesukarelaan, pendidikan dan kemahiran selain perubahan iklim.

Kontinjen Malaysia akan menyertai acara-acara yang disusun dalam WYF2024 antaranya persembahan dan promosi kebudayaan negara, perbarisan, dialog dan banyak lagi.

Terdahulu di Parlimen, YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YB Adam Adli Abdul Halim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkesempatan menyantuni delegasi ini.

Hadir sama mengucapkan selamat jalan kepada delegasi ini Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh, Presiden PKPIM Kebangsaan, Sdr. Dzul Aiman dan beberapa pimpinan lain.

Selamat Jalan!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »