MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dari Larian ke Saringan Kesihatan, 321 Peserta Sertai Pink October Fun Run 2026 di Perlis

PERLIS 3 Okt – Seramai 321 peserta menyertai Program Pink October Fun Run 2026 anjuran Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU Bintong) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Panggas, Perlis.

Program tersebut dirasmikan oleh Penaung Kelab Belia Perpaduan Bintong, Ts. Mohd Jeffry Hassan, dengan penyertaan masyarakat setempat, belia serta murid sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah larian santai 3KM dan 5KM, senamrobik, saringan kesihatan, pemeriksaan Pap smear dan payudara, serta sesi perkongsian kesedaran kesihatan dan penjagaan diri.

Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan awal dan gaya hidup sihat, khususnya dalam kalangan wanita, sempena bulan kesedaran kanser payudara.

Turut hadir pada program tersebut ialah Naib Presiden Wanita Majlis Belia Malaysia, Saudari Ng Chor Eng Jessy, Presiden Majlis Belia Negeri Perlis, Saudari Syahirunnisa Ramli, serta Exco MBM merangkap Jawatankuasa Sukan & Kesejahteraan Hidup, Sdra. Amar Abd Jalil.

Program itu juga turut disertai wakil agensi kerajaan dan komuniti setempat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »