KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kumpulan Dansa Fusion bergelar pemenang dalam pertandingan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung meriah petang tadi.
Pertandingan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa itu menyaksikan lapan kumpulan penari belia dan beliawanis beradu dalam pertandingan tarian tradisional itu.
Tarian yang dipersembahkan oleh Dansa Fusion Berjaya menambat hati juri dengan mengumpul mata tertinggi.
Kemenangan tersebut membolehkan Kumpulan Dansa Fusion membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000 secara keseluruhan selain memenangi kategori persembahan dan busana terbaik.
Manakala Kumpulan Nyala Dance Threatre mendapat tempat kedua diikuti Kumpulan Sesumpah di tempat ketiga.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang RM2,000 dan RM1,000 termasuk sijil. Nyala Dance turut memenangi kategori kareografi terbaik manakala Sesumpah memenangi pilihan juri dengan tambahan RM500 bagi setiap kategori.
Art Talent Prouction pula meraih tempat keempat dan manakala Kumpulan Sanggar Budaya Sri Pengkalan Junior di tempat kelima membawa pulang RM500 serta sijil.
Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, Syed Yahya Syed Othman yang merasmikan pertandingan tersebut.
Dalam majlis ini juga turut berlangsung segmen ‘Semarak Merdeka’ sebagai menyemarakkan bulan kemerdekaan.
Turut hadir Dato’ Sri Izuan Ishak, Penasihat MPP Setiawangsa, Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah JBSN WPKL, Puan Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi, Pengarah JKKN WPKL, Sdr.Hasnul Haniff Harun dan Sdr. Naseer Mohamed, Presiden MBWP.
Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atas kepercayaan ini. Tahniah kepada semua pemenang semuga kita bertemu lagi di pertandingan akan datang!