MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dansa Art ditabal Johan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 Peringkat Labuan

LABUAN 20 Ogos – Kumpulan Dansa Art ditabalkan sebagai Johan Pertandingan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 Peringkat Labuan yang berlangsung meriah di Ujana Kewangan di sini.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim.

Sebanyak 4 pasukan beraksi mempamerkan persembahan terbaik mereka dihadapan tetamu yang hadir.

Kumpulan Dansa Art turut memenangi persembahan dan kareografer terbaik membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,500.

Tempat Kedua dan Busana Terbaik dimenangi Kumpulan Aswila1, Tempat Ketiga dan Pilihan Juri pula dimenangi Kumpulan Dangalai manakala Tempat Keempat disandang oleh Kumpulan Clapp.

Inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Belia Labuan ini menjadi tarikan unik kepada pengunjung selain memartabatkan khazanah seni budaya negara.

Hadir sama isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Shamsiah Md Yassin; Pengerusi Perbadanan Labuan YB Datuk Bashir Alias; Exco MBM Sdr. Mohd Ismail Mahyudin dan Sdr. Nor Mohamad Shawaludin; Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Sdr. Naseer Mohamed; Presiden Majlis Belia Labuan Sdr. Abdul Mutalib Shaari dan kepimpinannya.

Tahniah kepada semua pemenang!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »