KAJANG 30 Ogos – Telah berlangsung ‘CQ Merdeka’ anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Jabatan Penjara Malaysia, Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS), Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah (KRAM), Persatuan Radio Amatur BRAVO dan Kuala Lumpur DX (KLDX) sempena ambang sambutan Hari Kebangsaan ke-66 bertempat di Bukit Penjara Kajang, Selangor.
Program ini bertujuan menyemarakkan lagi jaringan komunikasi radio amatur Malaysia dengan negara-negara luar melalui frekuensi HF dan stesen sah sementara yang diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui nama panggilan 9M66MY.
Turut hadir memeriahkan program ini, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.
Turut serta wakil dari kepimpinan Majlis Belia Daerah Hulu Langat.