KUALA LUMPUR 16 Mei – Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan pelitup muka (face mask) kepada rumah perlindungan wanita Raudhatus Sakinah dan Asrama Bahagia.
Pelitup muka ini merupakan sumbangan oleh Kedutaan China kepada MBM.
Selepas pengagihan tersebut, MBM menerima makluman daripada beberapa rumah perlindungan wanita lain yang memerlukan pelitup muka kerana mereka kerap berurusan di hospital dan klinik kesihatan.

