KUALA LUMPUR 14 Oktober – Sdr. Mohamad Asmawi Mahmood, pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menemuramah saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan projek tahun akhir bertajuk “Corak Perubahan Gaya Kepimpinan MBM dari Tahun 1951 hingga 2019”.
Saudara Jufitri juga sempat berbincang berkenaan perkembangan projek pusat belia MBM – UPSI bagi membolehkan MBM bertapak langsung di dalam UPSI sekaligus memudahkan pengkaderan mahasiswa ke dalam MBM.