DALAM TALIAN 21 Sep – Selamatkah makanan yang anda beli? Bagaimana dengan kebersihan bahan bahan mentah yang and beli di pusat beli belah? Adakah dijamin kebersihannya? Apa pula kesan terhadap alam sekitar? Apa pula peluang yang anda boleh rebut dalam industri makanan dan pertanian?
Stream 4 ini mengenai sekuriti makanan dan kelestarian alam agak berat untuk anak muda merancang. Segmen ini membincangkan lebih spesifik mengenai Peranan Belia Dalam Menjamin Sekuriti Makanan di Masa Hadapan bersama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
KBK2021 membawakan webinar dalam segmen ini bertajuk “Peranan Belia dalam Menjamin Sekuriti Makanan Di Masa Hadapan” bersama panelis Encik Syed Abdul Bari Syed Osman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MAFI, Encik Mohamad Ezri Shamsudin, Pengarah Unit Agropreneur Muda, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, MAFI dan Puan Erymarini Mustafa, Ketua Penolong Pengarah, Pembangunan Kapasiti dan Latihan MAFI.
Sesi ini dihoskan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Kavita Maheendran.