KUALA LUMPUR, 23 Februari 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Master Class Asas Barista yang berlangsung di rooftop Wisma MBM dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Master class ini telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM l, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan dikendalikan oleh Sdr. Afiq Amar Khan, seorang Certified SCA (Barista) Trainer serta World Barista Championship Judge.
Peserta diberi pendedahan tentang teori asas barista, demo secara langsung, latihan praktikal, serta kaedah menjana pendapatan dalam industri kopi. Program ini bertujuan membantu belia mendalami dunia barista dan mencipta peluang dalam bidang keusahawanan kopi.








