MAJLIS BELIA MALAYSIA

Checkpoint 10 Jelajah Menggerak Belia Menggegarkan Seremban

SEREMBAN 23 April – Jelajah ‘Menggerak Belia’ Hari Belia Negara (HBN) 2026 terus menghangatkan suasana apabila tiba di Checkpoint ke-10 di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz.

Program ini diserikan dengan penglibatan aktif pelajar melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti Trivia Aspirasi Anak Muda, senamrobik penuh bertenaga serta Explore Race HBN 2026 yang mencetus semangat kerjasama dan daya saing.

Kemuncak program menyaksikan simbolik penyerahan Kotak HBN 2026 oleh Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Mohd Fairos Rusli kepada pihak kolej, disaksikan Pengetua KTE Tuanku Muhriz, Datin Sri Nurul Hidayah Seah sebagai tanda sokongan padu terhadap agenda pemerkasaan belia.

Kehadiran dan sokongan padu semua pihak membuktikan komitmen berterusan dalam melahirkan generasi belia yang berdaya saing, progresif dan berwawasan.

Jelajah ini seterusnya akan meneruskan perjalanan ke Melaka sebagai destinasi berikutnya dalam menyemarakkan momentum menuju Hari Belia Negara 2026.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »