PERAK 12 Nov 2019 – Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir menyampaikan ceramah agama bertajuk “Road To Akhirah” kepada pegawai serta jururawat. Majlis turut dihadiri oleh Dr. Adibah Hani Binti Haron Pengarah HSR dan majlis dihiasi dengan alunan qasidah daripada pelajar tahfiz Behrang.
Beliau dalam ceramah tersebut telah menyampaikan beberapa perkara mengenai sikap yang perlu diteladani daripada Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dalam kehidupan. Selain itu, beliau juga turut mengajak umat islam supaya sentiasa melakukan kebaikan walaupun kecil dan sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesalahan, sepertimana juga yang dianjurkan di dalam agama Islam. Disamping itu, beliau turut berkongsi kerja kerja amal dan kebajikan yang dilakukan oleh MBM.