KUALA LUMPUR 9 April – Sempena Seminar Kepimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2019, satu sesi ‘Canai Ilmu’ iaitu sesi pengenalan persatuan belia oleh wakil Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan kepada peserta-peserta.
Platform ini memberi pendedahan kepada tenaga pendidik ini tentang kelebihan networking intelligence apabila menyertai persatuan belia. Peserta juga dipecahkan kepada 8 kumpulan bagi mengenali lebih dekat fungsi persatuan belia masing-masing.
Antara wakil belia yang terlibat Sdr. Zairudin Hashim (ABIM), Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri (GPMS), Sdr. Mohamad Nazri Latiff (Belia 4B), Sdr. Abu Bakar (MAYC), Sdr. Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung MBM), Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim (Exco MBM).