Mukaddimah
Drone merupakan antara gajet berasaskan teknologi baru yang semakin berkembang di kalangan genersasi muda dan profesional.
Ia digunakan sebagai hobi dan juga menjadi alat penting dalam beberapa industri kreatif. Mutakhir ini kerajaan mula menegeluarkan peraturan dan garis panduan bagi memastikan penggunaan Teknologi ini selamat serta melindungi kepentingan pelbagai pihak dalama masyarakat.
Antara peraturan drone yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) https://www.caam.gov.my/ meliputi pengguna individu dan agensi kerajaan boleh diakses di laman web rasmi CAAM
https://www.caam.gov.my/wp-content/uploads/2021/03/Kelulusan-Khas-Kepada-Agensi-Agensi-Kerajaan-Bagi-Pengoperasian-UAS-Untuk-Tujuan-Penguatkuasaan-Undang-Undang.pdf?fbclid=IwAR1nE_ZQj0mk0EX9rAW2hecqLocN5E3HvrEoara61E-edYYotCCQgIPAcEw
Secara umumnya generasimuda lebih cenderung menggunakan drone(UAS) bersaiz kecil yg dikategorikan sebagai UAS bawah 20kg.
Secara ringkasnya peraturan baru menyatakan :
- Drone hanya boleh diterbangkan dengan Kebenaran Ketua Pengarah Eksekutif CAAM meliputi semua bentuk kerja udara termasuk pertanian, pembinaan, fotografi, tinjauan, pemerhatian dan rondaan, mencari dan menyelamat, iklan udara dan lain-lain aktiviti yang serupa.
- Setiap permohonan penerbangan drone dikenakan bayaran RM250 melalui https://www.caam.gov.my/sectors-divisions/flight-operations/unmanned-aircraft-system-uas/
- Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 14 hari bekerja sebelum penerbangan dilakukan.
Perbincangan
Setakat garis panduan yg di keluarkan oleh CAAM menunjukkan semua penggunaan drone di ruang udara terbuka di Malaysia memerlukan kebenaran bertulis dan dikenakan bayaran permohanan RM250. Ini menghalang pelbagai bentuk aktiviti videography yg dilakukan oleh generasi muda sebagai hobi dan perniagaan micro berkaitan fotografi dan videografi.
Contoh Video Hobi
https://www.youtube.com/watch?v=IMxvl2bHYXw
Contoh Gambar
https://www.facebook.com/photo?fbid=10216657432126255&set=g.158577790824813
Beberapa Cadangan daripada pengguna drone :
https://www.facebook.com/groups/1538000826511879/?multi_permalinks=2867603820218233¬if_id=1627721814914825¬if_t=feedback_reaction_generic&ref=notif
a.) Perkenalkan program lessen drone segera bagi tujuan kesedaran keselamatan;
b.) Mewujudkan kategori drone untuk hobi yg dikecualikan bayaran (dicadangkan drone bawah 250gm);
c.) Pengecualian pembayaran bagi aktiviti bukan komersil dengan had ketinggian dan had berat drone kategori hobi;
d.) Permudahkan proses permohonan dalam bentuk apps;
e.) CAAM mengadakan sesi soal jawab bersama pemain industri drone bagi memudahcara aktiviti berkaitan.
Disediakan oleh :
Ghazali Haji Abu
Kelab Drone Malaysia
1 Ogos 2021
Disampaikan kepada pihak Kerajaan oleh Majlis Belia Malaysia