DALAM TALIAN 3 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Pusat Belia Antarabangsa sedang dalam usaha menghasilkan sebuah buku yang mendokumentasikan sejarah perjuangan tokoh-tokoh kepimpinan belia sepanjang zaman di Malaysia.
Buku tersebut akan memuatkan 20 hingga 25 orang tokoh belia yang banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan belia.
Satu sesi temubual mendalam telah diteruskan dengan dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Fauzi Hj. Fadzil, Felo Penyelidik MBM bersama tokoh pilihan seterusnya Datuk Dr. Suhaimi Ibrahim, sesi ini berlangsung selama hampir 3 jam.
Datuk Dr. Suhaimi adalah mantan Presiden MBM, beliau bertanggungjawab membawa aktivisme MBM sehingga ke peringkat antarabangsa. Sumbangan-sumbangan beliau telah direkodkan dalam temubual yang telah dilaksanakan, hasil data yang diperolehi tersebut akan digunakan untuk penghasilan buku tokoh belia nanti.