DALAM TALIAN 17 Ogos – ‘MAPY Noodle Talk’ bersiaran lagi secara langsung bersembang santai bersama keluarga besar SSEAYP International Malaysia (KABESA) menerusi Facebook & Youtube Rasmi SI Malaysia.
Isu kali ini mengaitkan penglibatan bekas-bekas peserta SSEAYP dalam aktiviti kesukarelaan adalah sangat dominan. Ini dapat dilihat dari segi komitmen dan persepakatan yang dijalin bersama badan-badan NGO dan kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam menggerakkan agenda sukarelawan.
Antaranya Malaysian Humanitarian Movement (MHM), MyVac, MyCorp dan Relawan MBM.
Mengupas isu kesungguhan seseorang berkhidmat dalam kluster kesukarelaan tidak mengira umur, pangkat, latar belakang mahupun seorang OKU.
Bual bicara ini menampilkan panel jemputan seperti Puan Bibi Zaleha Zurkiple, MaPY 38/2011 dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM / Presiden Majlis Belia OKU. Moderator program dikendalikan oleh Puan Suhaila Osman, MaPY 30 (2003).
Rakaman penuh program :