MAJLIS BELIA MALAYSIA

BootCamp Wanita Muda Sempena Women Fest 2019

KUALA LUMPUR 2 MAC – Sewajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang ingin memartabat golongan wanita terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan wanita, kanak-kanak serta kesejahteraan masyarakat dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Oleh itu Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Malaysian Humanitarian Movement mengambil iniasitif mengadakan program BootCamp Wanita Muda Sempena Women Fest yang berlangsung pada 25 Februari hingga 1 Mac 2019 yang menghimpunkan 40 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan persatuan yang dikendalikan oleh Puan Nurul Huda Naib Presiden MBM dan Puan Nazira Roslee Exco MBM.

Antara pengisian program ini adalah slot pengucapan awam, penjenamaan media sosial, konsultasi imej diri, protokol dan etika sosia, persiapan alam kerjaya, pengurusan konflik, jejak bahasa, SDG (Sustainable Development Goal), gender mainstreaming and gender balance, entrepenuership mindset of leader, digital footprint of leader, dan  slot pengurusan organisai.

Mereka juga turut mengadakan kunjungan hormat kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hatipah Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara disamping turut hadir Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »